• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Digesa Segera Haramkan Rokok Elektronik

oleh
25/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) bersama 45 badan bukan kerajaan (NGO) menandatangani memorandum, sepakat mendesak kerajaan segera mengharamkan rokok elektronik atau vape demi kepentingan kesihatan masyarakat.

Presiden (MCTC), Dr. Lekhraj Rampal berkata pasaran dan penggunaan rokok elektronik secara meluas dalam kalangan pelajar sekolah amat membimbangkan NGO berkaitan perubatan, kesihatan, kekeluargaan, wanita, belia, dan kanak-kanak kerana ramai pelajar kini terjerat dengan ketagihan nikotin serta terpedaya dengan mesej kesihatan salah yang menyatakan rokok elektroni selamat digunakan.

“Saranan untuk mengharamkan produk berkenaan dicadangkan sejak 2015 namun Kabinet memutuskan untuk tidak membuat larangan penggunaan dan penjualan vape.

“Saya tidak mengetahui kenapa mereka berbuat demikian. Kesannya, setiap hari akhbar melaporkan kanak-kanak sekolah rendah didapati menghisap vape,” katanya pada sidang media di bangunan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 Disember 2015 memutuskan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Sebanyak 33 kes kematian melibatkan pengguna vape dilaporkan di Amerika Syarikat dengan majoritinya terdiri dalam kalangan golongan muda.

Sehingga kini, 43 negara di dunia termasuk Thailand, Singapura, Brunei dan Kemboja mengambil langkah melarang penjualan dan penggunaan vape dan mengharamkan secara menyeluruh tanpa sebarang kompromi.

Justeru, katanya tiada alasan untuk Malaysia terus membiarkan kemusnahan dan kemudaratan rokok elektronik berleluasa.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat mendedahkan 300,000 pelajar berusia antara 10 hingga 19 tahun merupakan pengguna vape semasa di negara ini.

Data itu diperoleh menerusi ‘Kaji selidik terhadap tembakau dan e-rokok di kalangan orang dewasa di Malaysia’ yang dijalankan ke atas pelajar di sekolah awam dan swasta baru-baru ini.

Tags: mctcNGOrokok elektronikvape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

08/06/2026
0

KULAI - Sebanyak RM306,000 telah disalurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai bagi menyokong pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd