• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Perkenal Cukai Baru Tingkat Hasil – Mahathir

oleh Cj Mnh
06/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mungkin akan memperkenalkan cukai baru dalam usaha meningkatkan hasil negara, kata Dr. Mahathir Mohamad.

Jelas perdana menteri, cukai baru itu tidak akan membebankan rakyat dan ia dilaksanakan secara lebih efisyen.

“Kita mungkin terpaksa memperkenalkan cukai baru yang tidak terlalu membebankan rakyat,” katanya semasa sidang media selepas majlis pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) di sini, hari ini.

Mahathir berkata, sistem yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini tidak tertib dan banyak pihak terlepas daripada membayar cukai.

“Dulu kita tidak mengenakan dengan cara yang tertib tersusun dan banyak orang terlepas daripada membayar cukai.

“Kita akan memperkemaskan lagi dan kita akan ada agensi (membuat kutipan), termasuk cukai pendapatan umpamanya akan diperkemas juga,” katanya.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas inisiatif baru untuk meningkatkan hasil serta menambah baik pemantauan cukai, meningkatkan kecekapan cukai dan memperluas asas cukai yang terkandung dalam WKB2030.

Sebelum ini Mahathir memberi bayangan untuk mengembalikan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) selepas didesak beberapa pihak menjelang pengumuman Belanjawan 2020 minggu hadapan.

“Kalau rakyat percaya GST lebih baik, kita akan kaji. Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada GST lebih baik daripada SST (cukai jualan dan perkhidmatan),” katanya sebelum ini ketika mengulas gesaan sebuah badan pemikir supaya kerajaan memperkenalkan semula GST.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mencadangkan supaya GST diperkenalkan semula pada kadar lebih rendah tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

Pengerusinya Kamal Salih berkata, GST lebih baik dan membantu kewangan kerajaan ketika harga minyak jatuh ke bawah AS$36 pada 2015.

Ogos lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baru dalam Belanjawan 2020 akan datang.

Tags: CukaiGSTMahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd