• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Projek RTS Akhir Bulan Ini

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keputusan meneruskan pembinaan projek laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura akan diumum menjelang hujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, buat masa ini, beliau belum boleh memberikan maklumat lanjut berhubung projek itu memandangkan cara pelaksanaannya akan diputuskan oleh Kabinet dalam masa terdekat.

“Dalam Belanjawan 2020, Menteri Kewangan, Lim Guang Eng sudah menyatakan hasrat kerajaan untuk meneruskan RTS.

“Itu petanda awal sokongan kerajaan terhadap projek ini, tetapi saya tidak boleh beri maklumat lanjut sebab ia akan dibawa dan diputuskan dari segi cara pelaksanaan oleh Kabinet dalam seminggu dua ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pelabuhan Lembaga Pelabuhan Johor 2019, di sini hari ini.

Loke berkata, selepas diluluskan Kabinet, beliau akan menghubungi rakan sejawatnya, Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan memandangkan projek tersebut melibatkan kedua-dua negara.

“Selepas itu, kita (kerajaan pusat) yakin bahawa satu pengumuman rasmi akan dapat dibuat menjelang akhir bulan ini. Kita komited dengan tarikh akhir 31 Oktober, maka, satu pengumuman rasmi dapat dibuat menjelang tarikh itu,” katanya.

Menurut Loke, beliau juga akan mencadangkan kepada Khaw supaya pengumuman terbabit dilakukan di bandar raya ini.

Mei lepas, Malaysia dan Singapura secara rasmi menandatangani perjanjian tambahan (SA) untuk menangguh pembinaan RTS sehingga 30 September tahun ini.

Loke dilaporkan berkata, Malaysia akan membayar balik sebanyak RM2 juta kepada Singapura pada 31 Julai 2019, sebagai kos kegagalan yang ditanggung akibat daripada penggantungan selama enam bulan.

Bulan lepas, Malaysia memohon tempoh lanjutan sehingga 31 Oktober ini untuk keputusan mengenai projek yang akan mengatasi kesesakan lalu lintas untuk perjalanan ulang-alik antara keduda-dua negara itu setiap hari.

Menurut laporan akhbar tempatan, Malaysia mengemukakan permohonan lanjutan itu semasa perjumpaan antara Loke dengan Khaw di Sepang, Selangor, bulan lepas.

Tags: Anthony Lokejohor bahruProjek RTSSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

09/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd