• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Ketepi Malaysia, Pilih Minyak Sawit Indonesia

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDIA – Para peniaga di India mengenepikan import minyak sawit Malaysia dan beralih kepada Indonesia.

Ia susulan kenyataan yang Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung situasi di Kashmir dan tindakan kerajaan melindungi pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik.

Sekurang-kurangnya tiga pengimport berkata, ketidaktentuan dalam hubungan dua hala menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan alternatif.

Manakala seorang sumber kerajaan yang mengendalikan perdagangan India dengan Asia Tenggara berkata, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi berhubung sekatan import lagi.

“Apa sahaja boleh berlaku. Mungkin ada beberapa sekatan yang akan dikenakan,” katanya yang tidk mahu dinamakan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk bercakap mengenai perkara tersebut.

Pengarah Eksekutif kumpulan pelobi, Solvent Extractors Association of India yang mewakili lebih daripada 875 perniagaan dengan kapasiti pemprosesan minyak sebanyak 30 juta tan berkata, kerajaan India sangat kecewa dengan apa yang pegawai-pegawainya lihat sebagai satu komen yang teruk daripada Malaysia.

Mereka mungkin akan mengambil tindakan balas “tetapi apakah jenis tindakan tersebut masih belum jelas.”

“Jadi, bagi menjaga kepentingan perniagaan, kebanyakan penapis dan pengimport beralih daripada membeli dari Malaysia ke Indonesia.

“Lagi pula, harga minyak sawit dari Indonesia adalah sama (dengan Malaysia),” katanya. – Agensi

Tags: IndiaIndonesiaminyak sawit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd