• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Didakwa Miliki Barangan Pengganas LTTE

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang guru fizik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada R Sundram, 52, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang.

Berdasarkan pertuduhan, Sundram didakwa memiliki item berkaitan LTTE di sebuah premis di Taman Telok kira-kira jam 2.30 petang pada 12 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan dilucutkan item tersebut.

Peguam R Kirthiraj merayu supaya mahkamah membenarkan Sundram diikat jamin sebelum dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasidi.

Azlina memberi alasan pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak dibenarkan jaminan.

Beliau turut memohon tarikh sebutan semula untuk mendapatkan laporan pakar dan keizinan bagi memindahkan kes ke mahkamah tinggi.

Hakim Saifulakmar Mod Said yang tidak membenarkan jaminan turut menetapkan 16 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Sundram tiba di pekarangan mahkamah jam 8.10 pagi dikawal ketat polis.

Tags: GuruLTTEpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan percanggahan antara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) dan kenyataan...

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd