• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan Biadab: Pelajar Oxford Pun Ikut Saluran

oleh
19/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Mahasiswa di negara ini perlu lebih beradab dalam menyuarakan pandangan mereka menggunakan saluran yang betul.

Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr. Afifi al-Akiti berkata, sebarangan nasihat atau pandangan yang mahu diberikan haruslah beradab.

Menurutnya, sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang perlu diambil tindakan dan pelaku harus menerima hukuman di atas perbuatannya.

“Kita ada tempat untuk berikan nasihat, sebagai orang Islam terutamanya, kita ada adab bukan boleh terus mencemuh seseorang, itu bukan cara kita.

“Itu budaya tak sihat yang tak patut ada di negara kita. Kita perlu cakap dengan cara lembut. Janganlah biadab.

“Di Oxford sendiri mereka menyuarakan pandangan mengikut saluran tertentu. Mereka ada jawatankuasa yang boleh terus berhubung dengan senat untuk memberikan pandangan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Oxford dan Islam pada majlis Nadwah Jumaat Perdana di Auditorium Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan biadab seorang graduan kejuruteraan awam Universiti Malaya yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59, Isnin lalu.

Hadir sama pada majlis itu, Naib Canselor USAS, Tan Sri Nordin Kardi dan Setiausaha Kerajaan Perak, Zainal Azman Abu Seman.

Afifi berkata, budaya di Universiti Oxford sangat menghormati tradisi dan seharusnya menjadi contoh kepada institusi pendidikan di negara ini.

Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa kebebasan bersuara perlu ada had selaras dengan pandangan dalam Islam. – Sinar Harian

Tags: graduan biadabmahasiswaUniversiti MalayaUniversiti Oxford
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd