• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Facebook Saman Firma Israel Didakwa Godam WhatsApp

oleh
30/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Gergasi teknologi Facebook, semalam mengumumkan bahawa ia menyaman sebuah firma pengawasan dalam talian Israel, Kumpulan NSO, yang didakwa menggodam pengguna perkhidmatan mesej popularnya, WhatsApp, antara April dan Mei tahun ini, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Dalam aduan setebal 15 muka surat yang dikemukakan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di San Francisco, melalui salinan disiarkan oleh The Washington Post, Facebook menggariskan serangan penggodaman ke atas lebih 100 aktivis hak, pemberita, pegawai kerajaan, diplomat dan penentang politik.

Menurut Will Cathcart, ketua WhatsApp, Kumpulan NSO telah menggunakan kekurangan dalam aplikasi mesej itu untuk menggodam telefon dan menghantar perisian hasad ke peranti mudah alih sejumlah pengguna yang akan membolehkan pelanggannya secara rahsia mengintip pemilik peranti.

“Ini sepatutnya menjadi panggilan kejut kepada syarikat-syarikat teknologi, kerajaan dan semua pengguna Internet.

“Peralatan yang membolehkan pengawasan dilakukan terhadap kehidupan peribadi kita telah disalah guna, dan percambahan teknologi ini di dalam tangan syarikat-syarikat dan kerajaan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kita semua berdepan risiko,” tulis Cathcart dalam The Washington Post.

Cathcart berkata, syarikat teknologi yang berpangkalan di Tel Aviv itu adalah ‘amat canggih’ dalam melaksanakan penggodaman serta pintasan, namun penyiasat berjaya mengesan tindakan mereka dan percubaan mereka untuk menutup jejak mereka tidak begitu membuahkan hasil.

Dakwaan bahawa NSO telah menggunakan WhatsApp untuk menggodam telefon mencetuskan bantahan global dan kutukan meluas daripada kumpuan privasi dalam talian apabila ia didedahkan pada Mei.

Pada masa itu, NSO berkata, ia akan menyiasat perkara tersebut.

Tags: facebookGodamIsraelwhatsapp
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

25/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti aduan orang ramai berhubung akaun WhatsApp yang dilaporkan digodam, disekat...

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

Veteran DAP Chang Khim Padam Hantaran Nama Tanah Melayu?

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim berkenaan nama Tanah Melayu sudah tiada di laman Facebook beliau....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd