• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Minta Kerajaan Lihat Kebajikan Guru

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan termasuk berkaitan elaun para guru di negara ini khususnya yang berkhidmat di luar bandar.

Presidennya, Datuk Azih Muda turut menyarankan supaya kerajaan mengkaji semula elaun yang diberikan kepada pengetua, guru besar, penolong kanan, ketua bidang dan memberikan elaun setimpal kepada guru disiplin dan guru panitia.

“Misalnya, guru panitia serta guru disiplin ketika ini tidak diberikan sebarang elaun. Harapan Cuepacs supaya kekurangan ini diatasi segera,” katanya kepada pemberita pada Majlis Warga Pendidik Semporna bersama Cuepacs di sini.

Beliau dalam pada itu turut mencadangkan kepada pihak berkaitan seperti Kementerian Pendidikan atau Jabatan Perkhidmatan Awam agar mengecualikan warden sekolah daripada pemotongan elaun rumah (kuarters kerajaan).

“Warden bertugas 24 jam di sekolah, menjaga dan mengawal (pelajar) dan tinggal dalam kuarters kerajaan tetapi elaun rumah dipotong,” katanya.

Selain itu, Azih berkata, pihaknya berharap Kementerian Pendidikan menyusun semula gred guru yang memegang portfolio ketua bidang di sekolah kepada 48 dan bukannya gred 44.

“Harapan Cuepacs untuk melihat hab industri pendidikan negara ini terus cemerlang tanpa mengabaikan keperluan guru,” katanya.

Sementara itu, Azih turut menzahirkan terima kasih kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana memenuhi janji walaupun tidak menyeragamkan elaun Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) untuk penjawat awam tetapi menaikkan kadar itu kepada RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana.

Beliau turut menyarankan agar elaun COLA itu dapat diberikan juga kepada penjawat awam Persekutuan gred 48 dan ke bawah.

Tags: CuepacsElaunGuruKerajaan Pakatan Harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah

Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah

03/04/2026
0

KULIM – Seorang guru lelaki berusia 55 tahun berdepan detik cemas apabila kereta yang baru diparkirnya secara tiba-tiba mengundur sendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd