• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen BN Sokong Bentang Kertas Putih Isu LTTE

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan UMNO bersedia menyokong pembentangan kertas putih mengenai isu kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia oleh kerajaan susulan penangkapan beberapa individu disyaki terlibat dengan kumpulan itu.

Antara ditahan termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP iaitu G Saminathan dan P Gunasekaran.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan disokong parti berkenaan dan BN walaupun perbincangan rasmi bersama PAS belum diadakan.

Menurutnya, tujuan pembentangan kertas putih itu bagi memberi penjelasan kepada rakyat terutama mereka yang bersimpati terhadap kewujudan LTTE.

“Walaupun ada ahli Parlimen menyatakan rasa simpati terhadap perjuangan LTTE bukan menzahirkan sokongan (kepada mereka), kita harus lihat dari aspek keselamatan.

“Apa pun aspek simpati termasuk penyaluran dana (kepada LTTE) harus dianggap memberi sokongan kepada pengganas,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas gesaan PAS terhadap kerajaan supaya membentangkan kertas putih mengenai LTTE di Malaysia semalam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata, PAS memandang serius insiden penangkapan beberapa individu berprofil tinggi disyaki terlibat dengan aktiviti menyokong fahaman pelampau LTTE di Malaysia seperti diumumkan polis. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalDAPLTTEPASUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd