• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Beri Penghormatan, Takziah Malaysia

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Jakarta, bagi menzahirkan penghormatan Malaysia kepada Indonesia yang berduka atas pemergian presiden ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie.

Timbalan Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di sini kira-kira jam 11.45 pagi waktu Indonesia Barat.

Turut bersama Wan Azizah, adalah Timbalan Menteri  Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar,  yang disambut Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar.

BJ Habibie meninggal dunia jam 6.05 petang semalam di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Wan Azizah akan menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman Allahyarham di Patra Kuningan, sebelum dijadual menghadiri majlis pengebumian di Taman Makam Pahlawan (MPM), Kalibata, Jakarta.

BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Sebelum ini, pada Mac 2018, BJ Habibie juga menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan “asphyxia”.

Jenazah Allahyarham BJ Habibie akan dimakamkan di TPM, Kalibata, Jakarta Selatan pada jam 1 tengahari ini selepas solat Zuhur.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan bersebelahan pusara isterinya, Hasri Ainun Besari atau Ainun Habibie, yang telah meninggal dunia pada 22 Mei 2010.

Tags: bj habibieIndonesiameninggal duniaWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd