• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tidak Setuju SPR Ambil Alih Tugas RoS – Tok Mat

oleh
05/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – UMNO tidak bersetuju dengan cadangan pengambilalihan pendaftaran dan kawal selia parti politik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti politik seharusnya kekal dibawah kawal selia RoS dan bukannya SPR yang menurutnya akan menjejaskan konsep demokrasi yang diamalkan negara.

“Kalau SPR sebagai pengadil kepada pilihan raya dan SPR juga mengawal parti politik, tidak bolehlah. Bagi saya sekiranya mahu jadi pengadil jadilah pengadil dan jika mahu jadi pemain, jadilah pemain. Kita di negara yang mengamalkan demokrasi, pemisahan kuasa mesti ada.

“Kita mesti berpegang kepada konsep pemisahan kuasa kerana itulah demokrasi. Itulah dia punca demokrasi iaitu pengasingan kuasa. Jadi sekarang pengasingan kuasa itu perlu ada.

“SPR ialah orang yang menguruskan pilihan raya, yang jadi pemain ialah parti politik dan yang menguruskan parti politik ialah RoS. Saya rasa tak ada keperluan cadangan tersebut,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan pengambilalihan pendaftaran dan kawal selia parti politik oleh SPR daripada RoS, yang dicadangkan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC).

Semalam, Pengerusi ERC, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman dilapor sebagai berkata laporan lengkap berhubung cadangan itu dijangka siap akhir tahun ini dan akan mengemukakannya secara rasmi kepada kerajaan selepas laporan lengkap cadangan itu siap.

Tags: Mohamad HasanROSSPRUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd