• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Nafi Wujud Kerjasama Individu Pasang Sistem Solar

oleh
04/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan jalinan kerjasama dalam program pemasangan sistem solar di masjid dan surau dengan individu seperti yang ditularkan dalam media sosial.

TNB dalam kenyataan hari ini mengakui terdapat individu cuba menggunakan nama syarikat itu untuk mengambil kesempatan bagi mendapatkan projek pemasangan sistem solar.

“Merujuk kepada mesej media sosial berkaitan program pemasangan sistem solar di masjid-masjid dan surau-surau ditawarkan seorang individu, kononnya dengan kerjasama TNB.

“Kami menafikan terdapat kerjasama antara TNB dan individu tersebut bagi menawarkan perkhidmatan pemasangan solar seperti ditularkan,” katanya

Bagaimanapun, tambah kenyataan itu, TNB menawarkan skim pemasangan solar tanpa modal awalan melalui anak syarikatnya GSPARX Sdn. Bhd.

“Namun skim tersebut hanya ditawarkan kepada pelanggan komersial serta industri termasuk masjid dan rumah ibadat yang layak.

“Skim yang dinamakan Solar Energy Purchase (SEP) ini membolehkan pelanggan menikmati penjimatan bil melalui penjanaan tenaga solar di atas bumbung,” jelasnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan GSPARX, sila layari www.tnb.com.my/solar, www.gsparx.com atau email ke [email protected].

Tags: masjidsistem solarsurauTenaga Nasional Berhad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd