• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Haji Lepas RM2.6 Bilion Pegangan Ekuiti

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion sejak tiga bulan lalu bagi mengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan pasaran ekuiti, lapor portal The Malaysian Reserve.

Tabung Haji tahun lalu menjual ekuiti dan aset hampir RM20 bilion kepada sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

Portal berkenaan melaporkan, sejak akhir bulan Jun 2019, Tabung Haji telah melupuskan keseluruhan pegangannya dalam sembilan syarikat tersenarai termasuk FGV Holdings Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Yinson Holdings Bhd.

Syarikat itu juga telah menjual sahamnya di Brahim’s Holdings Bhd., Lion Industries Corp Bhd., Shin Yang Shipping Corp Bhd., T7 Global Bhd., Notion VTec Bhd., Cheetah Holdings Bhd. dan NCK Corp Bhd.

Nilai pasaran bagi setiap pelupusan saham itu adalah bernilai RM1.8 bilion (TNB), RM338.1 juta (Yinson), RM324.3 juta (FGV), RM23.5 juta (Lion Industries), RM10.1 juta (VTec), RM9.6 juta (T7 Global), RM7.9 juta (Shin Yang Shipping), RM4.2 juta (Brahim’s) dan RM2.7 juta (Cheetah) pada suku kedua 2019.

Sebelum ini, Tabung Haji memindahkan kepentingan ekuiti dalam 106 syarikat tersenarai bernilai RM8.9 bilion kepada SPV Kementerian Kewangan pada suku pertama tahun ini. 

Pemeriksaan ke atas Bloomberg pula menunjukkan bahawa Tabung Haji sehingga kini mempunyai kepentingan dalam 38 syarikat dengan saham bernilai AS $ 1.7 bilion (RM7.13 bilion), hampir tiga kali lebih rendah daripada pelaburan awal pada awal tahun ini.

Tags: pegangan ekuitiTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd