• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syeikh Misyari Rasyid Imamkan Solat Jumaat Di Putrajaya

oleh
27/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kira-kira 20,000 jemaah menyertai solat Jumaat diimamkan qari tersohor dunia, Syeikh Misyari Rasyid Al Afasy, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, hari ini.

Kehadiran tokoh berusia 43 tahun itu adalah sempena siri jelajah beliau ke Malaysia dan Indonesia, termasuk dijangka menyampaikan tazkirah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini.

Beliau yang memakai jubah berwarna coklat cair, tiba di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kira-kira jam 1 tengah hari dengan diiringi Imam Besar masjid berkenaan, Nor Azamir Alias, dan pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.

Syeikh Misyari Rasyid yang sepatutnya menyampaikan tazkirah di masjid itu, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian disebabkan beberapa perkara tidak dapat dielakkan.

Selepas mengimamkan solat Jumaat, beliau membaca ayat al-Quran dan doa serta bersalaman dengan jemaah.

Nor Azamir pula menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Sebarkan Rahmah Unggulkan Ummah’ sempena Karnival Rahmah 2019 yang berlangsung hingga Ahad ini.

Selain pakar dalam 10 jenis bacaan dan penterjemah al-Quran, Syeikh Misyari Rasyid juga adalah seorang ahli nasyid.

Beliau yang juga lulusan Universiti Islam Madinah, Kolej al-Quran & Pengajian Islam, menerima pendidikan al-Quran daripada qari terkenal meliputi Syeikh Ahmad Abdul Aziz Al-Zaiat, Syeikh Muhammad Sadiq Al-Minshawi, Syeikh Mustafa Ismail dan Syeikh Abdul Basit Abdul Samad.

Bapa kepada dua anak perempuan itu antara lain pernah menjadi imam Masjid Nabawi di Madinah, selain imam solat tarawih setiap tahun di Masjid Agung Al-Kabir, Kuwait.

Selain dinobat sebagai Qari Terbaik 2012 oleh about.com Reader’s Choice Award, beliau adalah penerima anugerah Arab Creativity Oscar Pertama oleh Arab Creative Union yang ditaja oleh Setiausaha Jeneral Liga Arab Amr Mousa.

Hingga kini, beliau sudah menerbitkan sembilan album nasyid dan antara nasyid terkenalnya ialah ‘Rahman ya Rahman’ yang mencatatkan lebih 100 juta tontonan dalam media sosial. – BH Online

Tags: Putrajayaqarisolat JumaatSyeikh Misyari Rasyid Al Afasy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

12/06/2026
0

KOTA TINGGI – Sekeping gambar memaparkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama anakandanya, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar menikmati...

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

05/06/2026
0

MERSING – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama anggota tentera di Masjid Kem Seri Iskandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd