• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerintah Indonesia Tak Serius Tangani Kebakaran Hutan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Aktivis alam sekitar Indonesia mengkritik pemerintah yang dilihat tidak serius dalam menangani kebakaran sehingga berlaku jerebu teruk dan menjejaskan keselamatan awam.

Memetik laporan media tempatan, jerebu itu bukan sahaja menyusahkan rakyat tempatan malah kini merentasi sempadan dan menjejaskan negara jiran.

Ketua Sumber Daya Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI), Khalisah Khalid mendakwa jangankan tindakan tegas dilakukan terhadap mereka atau syarikat yang sengaja membakar hutan ketika ini malah 10 syarikat yang didapati bersalah dalam kebakaran hutan pada 2012 hingga 2015 juga belum dikenakan tindakan.

Direktur Eksekutif WALHI di Jambi, Rudiansyah pula mendakwa pemerintah hanya mengambil tindakan terpilih kepada pelaku pembakaran hutan.

“Lebih 11,000 hkatar kawasan hutan terbakar di Jambi dan tiada apa apa pun tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya.

Presiden Indonesia, Joko Widodo dipetik agensi berita Antara turut melahirkan kekesalannya terhadap pemerintah daerah dalam menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu teruk di provinsi Kalimantan, Riau dan Jambi.

“Pasukan (pemadam api) kita tambahkan. Tetapi sekali lagi, kalau tidak ada dukungan dari pemerintah daerah, ini adalah pekerjaan besar yang sulit diselesaikan.

“Kita memiliki semuanya, tapi tidak ditertibkan secara baik. Kalau infrastruktur ini diaktifkan secara baik, saya yakin, kebakaran hutan akan dapat ditangani,” kata Jokowi.

Menurut laporan Antara, masyarakat juga kesal kerana Gabernor Riau, Syamsuar dan Wali Kota Pekanbaru, Firdaus kini berada di luar negara ketika masalah jerebu kian memburuk.

Sejak Januari lepas, lebih 42,000 hektar hutan dan ladang terbakar di beberapa provinsi di Indonesia.

Tags: IndonesiaJerebuKebakaran hutan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd