• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Melayu Memang Nantikan Perpaduan Ummah

oleh
10/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang Melayu memang menantikan perpaduan ummah terutamanya melibatkan dua parti Melayu terbesar di Malaysia, UMNO dan PAS.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, di sebalik penantian orang Melayu, ada juga pihak yang ingin melihat adakah penyatuan itu benar-benar boleh berjaya atau tidak.

“Yang itu pun ada juga sebab banyak cabaran dalam kita nak berada dalam keadaan sekarang ini.

“Pelbagai cemuhan diutarakan tapi Alhamduillah, kita lihat ini satu penyatuan yang ‘genuine’,” katanya pada Wacana Himpunan Penyatuan Ummah yang disiarkan UMNO Online malam tadi.

Turut menyertai wacana itu ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh dan Datuk Dr. Noor Azizan Abdul Majid sebagai moderator.

Tambah Noraini lagi, sehingga kini permintaan untuk menyertai Himpunan Perpaduan Ummah yang akan berlangsung pada 13 dan 14 September depan sangat menggalakkan.

“Memang semua berebut nak masuk sebab semua ‘excited’ nak saksikan detik bersejarah ini.

“Keadaan ini beri tanda positif betapa orang Melayu di Malaysia menantikan penyatuan dua parti Melayu terbesar di Malaysia.

“Ia bukan sekadar tandatangan tetapi banyak yang akan didedahkan kedua-dua presiden parti,” katanya.

Katanya lagi, meskipun Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mungkin tidak dapat menampung kehadiran ratusan pengamal media dan ribuan orang awam namun penganjur mengalu-alukan kedatangan semuanya.

“Saya percaya banyak fasiliti akan diberikan kepada yang hadir.

“Bukan bermakna kalau tak masuk dalam Dewan Merdeka, mereka tak boleh menyaksikan momen bersejarah PAS dan UMNO ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: noraini ahmadPASperpaduan ummahUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

PAS Sedia Berunding Kerusi Dengan UMNO, Fokus Utama Sekat PH Di Melaka – Tuan Ibrahim

PAS Sedia Berunding Kerusi Dengan UMNO, Fokus Utama Sekat PH Di Melaka – Tuan Ibrahim

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS sedia berunding dengan UMNO berhubung kerusi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd