• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muafakat Nasional Bawa Politik Kesederhanaan, Penyatuan

oleh
18/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Muafakat Nasional akan membawa lebih banyak parti ke arah politik kesederhanaan dan penyatuan.

Setiausaha Agung UMNO itu menyatakan keyakinannya bahawa jalinan penyatuan ummah atau permuafakatan nasional yang dimeterai 14 September lalu bakal memupuk politik berteraskan kepelbagaian kaum.

Beliau dalam ciapan twitternya memuat naik status tersebut menjelaskan perkembangan terkini piagam muafakat kedua dua parti Melayu itu.

“Muafakat Nasional akan membawa lebih banyak parti ke arah politik kesederhanaan dan penyatuan. Ia bakal memupuk politik berteraskan kepelbagaian kaum.

“Malah PAS dan UMNO dijangka membuka pintu lebih luas kepada penyertaan pelbagai kaum dan murnikan amalan Co Existance, No Racism,” katanya.

Beliau menambah bahawa sesungguhnya Sarawak adalah sebuah negeri contoh yang mana pentadbirannya (state Sivil service) examplary, imigran terkawal, negeri yang pesat membangun, rakyatnya sangat harmoni.

“PBB dan GPS cukup berjaya. Parti-parti dalam PH harus belajar dari PBB dan GPS, parti tempatan!” kata beliau dalam akaun twitternya.

Annuar Musa juga menegaskan bahawa membenci seseorang kerana suku kaumnya adalah haram di sisi Islam.

“Tidak ada satu kaum atau satu warna kulit yang lebih mulia dari yang lain. Allah tidak melihat pada rupa atau warna seseorang tapi Allah lebih melihat pada hati dan ketakwaan seseorang.. justeru berkasih sayanglah sesama insan,” katanya

Menurutnya UMNO dan PAS akan terus berhubung dengan semua pihak bagi menjelaskan muafakat Nasional dan membuka pintu pada semua berdasarkan prinsip “Ud’u ila sabilirabbika bil Hikmah Walmau izatil Hasanah.Wajaa dilhum billati hia ihsan”. – MalaysiaGazette

Tags: Annuar Musamuafakat nasionalPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd