• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Kabinet Bincang Usaha Tangani Jerebu

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mesyuarat Kabinet hari ini membincangkan usaha-usaha kerajaan untuk menangani kesan jerebu yang melanda Malaysia pada masa kini, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kita bincangkan tentang cara-cara mengurangkan jerebu,” katanya ketika ditemui media pada Sambutan Ulang Tahun ke-35 Universiti Binary di sini malam ini.

Mahathir turut ditanya mengenai kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya yang mendakwa jerebu yang menyelubungi Malaysia bukan dari negara itu, sebaliknya berasal dari Sarawak.

“Itu dia punya komen, kita tidak boleh kata apalah,” kata Mahathir.

Jerebu mulai melanda beberapa negeri di Malaysia sejak 5 September lepas, yang antaranya mengakibatkan ratusan sekolah di Sarawak diarahkan tutup.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan bahagian barat Sarawak.

Sementara itu, Mahathir menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Presiden ketiga Indonesia Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie yang meninggal dunia hari ini.

“Dia kawan baik saya, saya berasa sedih tapi dah lama dia sakit,” katanya.

Mahathir berkata, beliau tidak dapat menziarah jenazah BJ Habibie kerana perlu menghadiri acara lain esok.

BJ Habibie meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 sehingga 20 Oktober 1999. 

Tags: bj habibieIndonesiaJerebuMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd