• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Tidak Wajar Sebut ‘Perlumbaan Ke Neraka’

oleh
22/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tidak wajar menggambarkan agenda penyatuan ummah oleh UMNO dan PAS sebagai ‘perlumbaan ke neraka’.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengguris perasaan umat Islam yang mahukan perpaduan.

“Begitu rendah akhlaknya. Isu syurga neraka bukan dia punya. Jangan ingat jadi menteri agama sudah dapat pas masuk syurga. Kita puasa, bayar zakat, naik haji itu kewajipan kita. Masuk atau tidak ke syurga Allah tentukan.

“Saya amat kesal seorang menteri bercakap begitu lebih-lebih lagi menteri agama. Mana dia belajar, tinggi benar agamanya?” sindirnya pada Ceramah Umum Penyatuan Ummah Parlimen Tampin di Dataran Cili Padi 2, Gemas dekat sini malam tadi.

Turut hadir Bendahari PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad; Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha; Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa dan Presiden Berjasa, Prof. Datuk Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz.

Mujahid baru-baru ini dilaporkan berkata, gagasan Rahmatan Lil Alamin tidak berhasrat menandingi konsep penyatuan ummah yang dianggapnya sebagai pertandingan ke neraka, sebaliknya beliau mahu pertandingan ke syurga.

Mohamad berkata, kenyataan Mujahid itu adalah salah satu contoh kegagalan pemimpin kerajaan PH walaupun telah lebih setahun mentadbir negara.

Beliau seterusnya mendakwa, kerajaan yang sedang mentadbir negara ketika ini tiada hala tuju, malah memudaratkan rakyat dan negara.

Menurutnya, perkara itu yang mendorongnya untuk berjumpa Presiden PaAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa memangku tugas-tugas Presiden UMNO dan memulakan usaha ke arah kerjasama kedua-dua parti itu.

“Walau ramai keji kata PAS dan UMNO tak boleh bersatu, kita lupakan perkara lalu dan pandang ke depan,” katanya. – K! ONLINE

Tags: Mohamad Hasanmuafakat nasionalPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd