• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kikis Sikap Bergantung Kepada Bantuan – Mahathir

oleh
03/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHNOM PENH – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam untuk mengikis sikap, yang hanya mahu bergantung kepada bantuan dan pertolongan pihak lain.

Beliau berkata, umat Islam seharusnya menyemai amalan rajin, beramanah dan cekap, untuk memperkukuhkan taraf sosial ekonomi dalam kalangan umat Islam.

“Kita amat sedih kerana di mana-mana sahaja, kita dapati terdapat orang Islam dibelenggu kemiskinan dan berharap kepada pertolongan orang lain. Kenapa? Kerana mereka tidak berusaha.

“Kita tahu apabila kita berniaga dan memililiki pekerjaan, kita tidak perlu bergantung kepada bantuan orang lain.

“Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya… kita memiliki kepandaian dan kemahiran, tetapi kita tidak memanfaatkannya. Itulah kita perlu kembali kepada asas ajaran Islam,” katanya di majlis pertemuan bersama komuniti Islam Kemboja di hotel penginapannya di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, Dr. Mahathir turut dianugerahkan Tokoh Kepemimpinan Islam oleh komuniti Islam Kemboja, bagi mengiktiraf peranan aktif Malaysia dalam membantu masyarakat itu.

Terdahulu, Dr. Mahathir turut menerima kunjungan hormat Menteri Tugas Tugas Khas, bertanggungjawab menjaga hal ehwal dan kebajikan masyarakat Islam di Kemboja, Datuk Dr. Othsman Hassan.

Dr. Mahathir memulakan lawatan rasmi selama tiga hari bermula hari ini, atas jemputan rakan sejawatannya, Hun Sen.

Sementara itu, Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah turut menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Kemboja, di hotel yang sama malam ini.

Hampir 300 rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di sekitar Phnom Penh, hadir pada majlis makan malam itu.

Tags: bantuanEkonomiMahathir Mohamadumat Islam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

17/06/2026
0

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengucapkan Salam Maal Hijrah...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd