• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan MAVCOM Gagal Hanya Pandangan AirAsia – Loke

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang mendakwa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) gagal dalam sektor penerbangan hanyalah pandangan syarikat itu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

“Tak apalah, itu pandangan AirAsia. Saya tak ada komen,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Maritim Dunia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, Datuk Baharin Abdul Hamid dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Beliau mengulas laporan media semalam, berhubung dakwaan Fernandes bahawa MAVCOM gagal dalam sektor penerbangan dengan memberikan tujuh sebab, antaranya badan itu memperkenal dasar birokrasi dan suruhanjaya itu telah menolak beberapa permohonan laluan walaupun hak trafik dua hala sudah tersedia dengan negara lain.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 yang dilancarkan tahun lalu sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup rakyat, dapat diperkembangkan lebih luas lagi.

Beliau berharap inisiatif kerajaan tersebut terus mendapat sokongan Kementerian Kewangan dalam pembentangan bajet Oktober depan.

“Sebab itu kita memerlukan dana daripada Kementerian Kewangan dan harap ia akan terus diberikan sokongan kementerian itu dalam bajet akan datang,” katanya.

Tags: AirAsiaAnthony LokeMavcomTONY FERNANDES
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook Najib Razak menyindir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook susulan perkembangan terbaharu berhubung peletakan...

Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah

Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd