• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV Tiada Maklumat Anak Syarikat Terlibat Pembakaran Terbuka

oleh
17/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd. belum menerima sebarang laporan mengenai penglibatan anak syarikatnya dalam pembakaran terbuka di Indonesia yang mengakibatkan jerebu di rantau ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Haris Fadzilah Hassan.

“Selagi kita belum menerima data itu, kami tidak boleh mengatakan (perbuatan) itu berlaku atau tidak,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama diantara anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd. (DOP) dan DKSH (Malaysia) Sdn. Bhd., hari ini.

“Setakat ini kita tidak mempunyai laporan mengenai perkara itu, namun, sudah pasti, berada di Indonesia adalah agak rumit kerana kita mempunyai (Perkebunan) Inti (Rakyat) dan Plasma (Program Transmigrasi) dan beberapa pekebun kecil di sekitar ladang luas itu,” katanya.

Perkebunan Inti Rakyat merupakan skim usaha sama antara syarikat dan pekebun kecil, manakala Program Transmigrasi Plasma melibatkan petani yang mengambil bahagian dalam program yang diwujudkan kerajaan Indonesia.

Terdahulu, Haris berkata, FGV mewujudkan syarikat usaha sama perladangan kelapa sawit dengan Lembaga Tabung Haji di Kalimantan Tengah, Kalimantan Utara, Kalimantan Barat dan Pontianak.

Mengenai jerebu, Ketua Pegawai Operasi Sektor Perladangan dan Ketua Kluster Huluan Sawit FGV, Syed Mahdhar Syed Hussain berkata, bencana itu boleh memberi kesan kepada kadar pengekstrakan minyak FGV bagi Oktober.

Harga minyak sawit mentah semasa adalah kira-kira RM2,100 atau lebih bagi setiap tan. Jika saya bercakap mengenai lima tan (pengekstrakan) tanaman untuk meraih satu tan minyak, jadi, ia melibatkan kira-kira 20 peratus.

“Jadi, jika anda melihat dari segi peratusan, kesannya ialah kepada kadar peratusan terhadap jumlah tandan buah segar (yang) saya boleh ekstrak, ia berkemungkinan memberi kesan 0.2 peratus hingga 0.5 peratus dan melibatkan peratusan yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas program itu.

Bagaimanapun, ia tidak memberi kesan ke atas keuntungan FGV, kata Syed Mahdhar.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DOP, Shammim Azad Kamruzaman berkata kerjasama dengan DKSH itu dijangka memperkukuh pengedaran produk hiliran FGV di sektor Hotel/Restoran/Kafe (HoReCa).

DOP menjangka kerjasama itu akan membantu menjadikan pengeluarannya dua kali ganda yang pada masa ini pada purata RM3 juta sebulan, dalam tempoh setahun.

Sebagai penggiat sektor pengedaran barangan pengguna mudah laris (FMCG) berpangkalan di Malaysia, DOP menghasilkan dan menjual jenama terkemuka seperti Saji, Seri Pelangi dan Adela, manakala DKSH merupakan penyedia perkhidmatan pengembangan pasaran terkemuka bagi FMCG yang memberi tumpuan kepada Asia. 

Tags: FGVIndonesiaJerebupembakaran terbuka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd