• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tulisan Jawi: “Kenyataan Saya Disalah Tafsir” – Kit Siang

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai seseorang perlu belajar tulisan Jawi untuk menjadi rakyat Malaysia.

Katanya, beliau memberitahu pernah mempelajari tulisan Jawi sewaktu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1969, namun perkara itu tidak pernah mengurangkan identiti Cina dalam dirinya dan perkara tersebut telah disalahtafsirkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Sama seperti orang Melayu yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Cina, ia tidak menjadikan identiti keMelayuan mereka kurang di negara ini.

“Begitu juga dengan orang Cina yang tahu tulisan Jawi tidak menjadikan identiti mereka sebagai kaum Cina berkurangan. Mungkin pengambilalihan tambahan bahasa lain akan menjadikan mereka sebagai rakyat Malaysia yang lebih baik,” katanya menerusi catatan dalam laman blog beliau blog.limkitsiang.com di sini hari ini.

Sebelum ini, Kit Siang menerusi laman blognya juga memberitahu beliau sendiri pernah mempelajari Jawi namun perkara itu tidak mengurangkan identiti Cina dalam dirinya.

Dalam pada itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum, budaya, agama serta pelbagai bahasa.

“Jadi kita perlu memanfaatkan keunikan tersebut untuk membina bangsa Malaysia yang lebih baik.

“Kita juga perlu berhati-hati agar tidak masuk ke perangkap pihak-pihak yang cuba untuk membangkitkan rasa curiga antara agama, ketidakpercayaan dan kebencian dalam masyarakat untuk mendapatkan semula kuasa politik,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAPLim Kit Siangtulisan Jawitulisan khat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd