• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha Politik Kit Siang Terima Ugutan Bunuh

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Syahredzan Johan menerima ugutan bunuh daripada seorang pengguna media sosial dipercayai susulan kenyataan yang dikeluarkan berkaitan pendakwah dari India, Dr. Zakir Naik.

Syahredzan yang juga peguam dan aktivis, menerusi ciapan di Twitter memaklumkan mesej peribadi berhubung ugutan itu diterimanya semalam di Facebook.

Beliau turut berkongsi tangkap layar ugutan tersebut yang berbunyi, “Kau usir Zakir Naik, aku akan cari kau sampai dapat dan aku akan pisahkan kepala babi kau tu dari badan kau. Ini sumpah kau demi agama Islam dan bangsa Melayu. Kalau berani cubalah”.

“Saya mendapat ini (ugutan) di Facebook. Tidak pasti apa kuasa yang dia fikir saya ada,” ciapnya di Twitter, semalam.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, Syahredzan memaklumkan akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Dang Wangi hari ini.

“Saya terkejut bahawa seseorang akan berkata demikian, saya tidak meminta Zakir dihantar pulang atau diekstradisi. Saya hanya mencadangkan supaya status penduduk tetapnya dibatalkan.

“Mudah-mudahan ia cuma ancaman kosong dari penyokong yang beremosi,” katanya kepada portal berita tersebut.

Terdahulu, Syahredzan dalam satu kenyataan mencadangkan agar status penduduk tetap (PR) Zakir dibatalkan susulan kenyataan pendakwah itu baru-baru ini yang dianggap menghina masyarakat Cina dan India di Malaysia.

Menurutnya, ada pihak yang risau jika Zakir dihantar pulang ke India kerana beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil untuk pertuduhan terhadapnya serta terdapat kekhuatiran nyawa pendakwa kontroversi itu mungkin dalam bahaya jika pulang ke negara asal.

“Untuk mengelakkan situasi yang tidak diingini itu, kerajaan boleh dengan secepat mungkin membatalkan status PR yang dimilikinya. Dengan cara ini, Zakir boleh dengan sendiri mencari negara lain yang dapat memberi perlindungan kepadanya dan meninggalkan Malaysia,” kata Syahredzan menerusi kenyataan itu. – Sinar Harian

Tags: DAPLim Kit Siangsyahredzan johanugutan bunuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd