• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol Amah: DAP Kemuka Bukti Baharu Kes Exco Perak

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham membuat laporan polis hari ini dengan mendakwa menerima maklumat baharu berhubung kes rogol pembantu rumah warga Indonesia melibatkan Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong.

Menurut Koo Ham, beliau menerima maklumat bahawa individu yang membawa pembantu rumah terbabit untuk membuat laporan polis telah menerima sejumlah wang sebanyak RM100,000. 

“Semasa saya berada di sebuah hotel di Jalan Datoh pada pukul 6 petang tadi, saya terima maklumat yang individu membawa pembantu rumah itu untuk membuat laporan polis telah menerima wang sebanyak RM100,000.

“Individu itu juga telah diugut dengan sepucuk pistol untuk tidak membongkar rahsia tersebut,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Menurut Koo Ham, beliau percaya dengan maklumat terbaharu itu kemungkinan terdapat muslihat di belakang dakwaan rogol melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.

Sehubungan itu katanya, laporan polis telah dibuat pada pukul 10.15 malam ini berhubung maklumat terbaharu itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

“Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan lanjut dakwaan yang dibuat oleh pembantu rumah berkenaan.

“Saya tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai saksi itu dan menyerahkan segala maklumat kepada polis untuk siasatan lanjut supaya kita tahu agenda tersembunyi di sebalik tuduhan itu,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed hari ini memaklumkan bahawa Choo Kiong akan dituduh esok di Mahkamah Sesyen Ipoh selepas merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia pada bulan lalu.

Menurut Huzir, pertuduhan itu akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAPExco Perakkes rogolpaul yong choo kiongpembantu rumah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd