• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nasihat Penganjur Batal Ceramah Zakir Naik Di Perlis

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Polis menasihatkan penganjur Malaysia Revert Camps membatalkan slot ceramah pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik dan keluarganya pada program itu yang bermula hari ini hingga Ahad ini bagi menjaga sensitiviti dan desakan pelbagai pihak.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohamad berkata, nasihat tersebut dipersetujui Mufti Negeri, Dr. Asri Zainal Abidin dan pihak Jabatan Mufti negeri telah pun mengeluarkan surat kepada penganjur untuk mengecualikan Zakir dan keluarga daripada bercakap pada program tersebut agar tidak timbul sebarang isu.

Selain Zakir, isteri beliau Farhat Naik serta anak mereka Fariq, Rushda serta Zikra dilapor turut diberikan slot ceramah pada program itu yang dianjurkan oleh One Centre Malaysia Perlis (OCMPs)

“Sebanyak 150 laporan polis telah dibuat. Program boleh diteruskan dan Zakir Naik dibolehkan hadir pada program itu, tetapi dilarang berucap dan memberi ceramah sama sekali,” katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Lima Ketua Jabatan Kontinjen (IPK) Perlis di sini, hari ini.

Mushar berkata, sekiranya penganjur masih membenarkan Zakir dan keluarganya untuk memberi ceramah, tindakan akan diambil di bawah undang-undang yang bersesuaian termasuk di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Tags: ceramahpendakwah antarabangsaPerlisZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Mufti Pahang Diarah Beri Penjelasan Kepada SUK Gara-Gara Ceramah Generasi ‘Strawberi”

Timbalan Mufti Pahang Diarah Beri Penjelasan Kepada SUK Gara-Gara Ceramah Generasi ‘Strawberi”

28/10/2026
0

KUANTAN - Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr Badli Shah Alauddin kecewa apabila ceramahnya yang menyentuh isu generasi ‘strawberi’ baru-baru ini...

Ceramah Parti Bersama Terima Sambutan Baik Penduduk – Rafizi

Ceramah Parti Bersama Terima Sambutan Baik Penduduk – Rafizi

26/10/2026
0

MELAKA – Pengasas parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan sambutan penduduk Pengkalan Batu terhadap program ceramah Trak Kancil malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd