• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Dakwaan Ibu Bapa Nora Anne Bersubahat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan yang mengatakan keluarga Nora Anne Quoirin, 15, bersubahat dalam kehilangan dan kematian remaja berkenaan, baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dakwaan tersebut adalah fitnah dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan ibu bapa remaja terbabit terlibat.

“Dakwaan itu adalah fitnah dan kita sudah buat laporan berhubung dakwaan itu.

“Kita nafikan, bagi kes kematian ini memang kita siasat, tapi tidak adalah kita kata ibu bapa remaja itu terlibat. Kita siasat atas fitnah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Hari ini, dalam satu muat naik di Facebook, peguam Anne Brennan yang juga seorang aktivis kanak-kanak didakwa menuduh keluarga Quoirin ‘berusaha sedaya upaya’ untuk ‘mengganggu proses keadilan’.

Hantaran tersebut juga mendakwa ibu bapa gadis tersebut ‘cabut lari’ dari Malaysia sebaik sahaja menerima jaminan yang mereka tidak akan disiasat dalam kes terbabit.

13 Ogos lalu, mayat Nora Anne ditemukan kira-kira jam 1.57 petang oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi SAR kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Laporan bedah siasat kemudian mengesahkan gadis tersebut meninggal dunia disebabkan kebocoran pada usus mungkin akibat kelaparan dan stres selain tiada tanda-tanda perbuatan jenayah dan remaja itu tidak dirogol.

Gadis berusia 15 tahun yang mengalami masalah pembelajaran itu dilaporkan hilang dari resort The Dusun Pantai Hill di sini pada 4 Ogos lalu semasa sedang bercuti bersama ibu, Maebh Jaseprine Quorin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua adiknya. – Sinar Harian

Tags: IrelandkehilangankematianNora Anne Quoirinremaja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd