• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Paul Yong Minta Peguam Negara Gugurkan Pertuduhan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEGUAM Paul Yong telah membuat permohonan kepada peguam negara (AG) untuk menggugurkan dakwaan terhadap exco Perak itu dengan mengambil kira satu dakwaan serius yang dibuat Speaker DUN Perak Ngeh Koo Ham semalam.

Ramkarpal Singh berkata, laporan polis yang dibuat Ngeh mengandungi dakwaan serius dan mesti disiasat.

“Ia perlu disiasat secara mendalam. Dakwaan itu baru dibuat semalam. Mustahil untuk peguam negara menyiasat dakwaan itu sebelum (pendakwaan terhadap Yong) hari ini.

“Sebab itu pada mulanya kita menggesa timbalan pendakwa raya untuk secara baik hati tidak meneruskan pendakwaan hari ini, dengan mengambil kira dakwaan yang dibuat semalam,” katanya.

Semalam, Ngeh membuat laporan polis yang mendakwa individu yang membawa wanita itu untuk membuat laporan polis telah menerima RM100,000, dan telah diugut untuk tidak membocorkan perkara itu.

Ngeh yang juga penasihat DAP Perak menggesa polis menyiasat kemungkinan wujud agenda terhadap Yong.

Pihak pendakwaan bagaimanapun tidak menerima permohonan Yong agar dakwaan terhadapnya ditangguhkan atas sebab telah diarahkan untuk meneruskannya.

Ramkarpal berkata, pihaknya tiada masalah untuk mempertahankan anak guam mereka kerana yakin dakwaan tersebut tidak berasas.

“Jelas bahawa dakwaan berkenaan pembayaran RM100,000 tidak disiasat langsung.

“Kami harap ia disiasat secara terperinci. Jika didapati ia ada asas, pendakwaan terhadap Yong perlu digugurkan,” katanya lagi. – Malaysiakini

Tags: DAPExco Perakkes rogolpaul yong choo kiongPeguam Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd