• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paul Yong Mengaku Tak Bersalah Rogol Pembantu Rumah

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGERUSI Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, Paul Yong Choo Kiong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia 7 Julai lalu.

Tertuduh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Wakil rakyat itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa warga Indonesia berusia 23 tahun antara 8.15 malam hingga 9.15 malam 7 Julai lalu di sebuah bilik di tingkat atas rumah di Desa Meru 2, Meru Desa Park, Meru Raya.

Paul Yong diwakili pihak pembelaan diketuai Ramkarpal Singh dan disertai Leong Cheok Keng; R S N Rayer dan Farhan Sapian.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar; Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman dihadapan Hakim Norashima Khalid.

Pihak pembelaan kemudian memohon pendakwaan terhadap tertuduh ditangguhkan atas alasan terdapat laporan polis dibuat Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Koo Ham malam tadi berhubung kes rogol berkenaan.

Ramkarpal memohon pertuduhan ditangguhkan agar siasatan lanjut dapat dilakukan polis kerana terdapat konspirasi dalam kes itu membabitkan bayaran RM100,000 kepada individu yang membawa mangsa untuk membuat laporan polis selain turut diugut menggunakan pistol.

Pihak pendakwaan membantah permohonan itu atas alasan mereka maklum mengenai laporan polis itu namun arahan diterima daripada Peguam Negara agar meneruskan pendakwaan hari ini.

Norashima kemudian menolak permohonan pertuduhan kes berkenaan ditangguhkan dan membenarkan pendakwaan meneruskan pertuduhan.

Pendakwaan memohon tertuduh tidak dibenarkan jamin kerana pertuduhan dihadapi tidak boleh dijamin dan hanya dibenarkan jamin dengan budi bicara mahkamah.

Pihak tertuduh meminta mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 atas alasan tertuduh memberi kerjasama sepanjang siasatan dijalankan dan tertuduh juga mempunyai tanggungjawab terhadap pengundinya serta rakyat sebagai ADUN serta Exco selain perlu menanggung empat anak yang masih belajar.

Pendakwaan mencadangkan jaminan RM20,000 dengan dua penjamin jika mahkamah membenarkan tertuduh dijamin.

Norashima kemudian membenarkan Paul Yong dijamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 24 September ini sebagai sebutan semula dan pengurusan kes. – myMetro Online

Tags: DAPExco Perakkes rogolpaul yong choo kiongpembantu rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd