• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Nafi Tangguh Cadangan Ambil Alih Lebuh Raya

oleh
01/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menafikan bahawa cadangan pengambilalihan konsesi empat lebuh raya bernilai RM6.2 bilion telah ditangguhkan untuk dikaji semula.

Beliau turut menyangkal laporan berita yang mengatakan rancangan itu dimulakan tanpa kelulusan Kabinet.

“Tidak, tidak seperti itu. Kabinet sudah diberitahu mengenai rancangan ini oleh Kementerian Kewangan dan kita katakan tidak. Tetapi hanya tarikh pelaksanaannya sahaja yang akan diputuskan oleh Kabinet,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan sesi perbincangan meja bulat dengan dewan-dewan perniagaan antarabangsa mengenai ‘Memerpkasa Tenaga Kerja Malaysia, Memupuk Bakat untuk Masa Depan,’ di sini hari ini.

Dr. Mahathir diminta memberi komen berkenaan laporan akhbar The Singapore Straits Times yang melaporkan seorang menteri yang tidak dinamakan sebagai berkata rancangan pengambil alihan itu telah ditangguhkan disebabkan berlaku percanggahan pendapat mengenai cadangan yang diketuai Kementerian Kewangan itu.

Keempat-keempat lebuh raya yang terlibat dalam pengambilalihan itu ialah Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Stormwater Management and Road Tunnel (Terowong SMART).

“Kementerian Kewangan nampak yakin ia boleh dilaksanakan. Tetapi masalahnya ialah kita tiada wang.

“Tetapi Kementerian Kewangan kata dengan mengenakan caj pada waktu-waktu puncak, mereka boleh mengumpul dana yang mencukupi untuk membiayai pengambilalihan keempat-empat lebuhraya itu. Kita akan tengok nanti sama ada cukup atau tidak,” kata beliau.

Tags: caj kesesakanKonsesi Tollebuh rayaMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd