• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Dan Najib Pasangan Beradik Kembar…

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN beradik kembar dilahirkan pada 1995 ini dinamakan Mahathir dan Najib sempena nama Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, ketika itu.

Nama pasangan kembar tidak seiras diberikan bapa mereka Norkaferi Ahmad, 56, yang juga pesara tentera sedikit sebanyak mendapat usikan rakan, namun mereka tidak pernah mengambil hati, malah berbangga memiliki nama berkenaan.

Mahathir, 24, berkata nama dia dan adiknya Najib, diberi sebaik dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mana bapanya masih bertugas bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Sungai Besi, ketika itu.

Katanya, disebabkan ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri manakala Datuk Seri Najib Razak Razak memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan, bapanya memberikan nama itu kepada mereka.

“Ketika itu, bapa tidak menyangka kami dilahirkan kembar sebelum mendapat idea untuk meletakkan nama sempena nama dua pemimpin Melayu ketika itu.

“Kami bukan kembar seiras jadi kebanyakan rakan setugas tidak mengetahui status kami sebagai adik beradik kembar. Kami berkongsi bilik di rumah yang disediakan majikan,” katanya yang menetap di Temerloh, Pahang.

Najib dan Mahathir kini bekerja di tempat sama sebagai mekanikal fitter di sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas di Bintulu, Sarawak, sejak dua minggu lalu.

Menceritakan persamaan mereka sebagai adik-beradik kembar, banyak minat dan aktiviti yang mereka kongsikan bersama, namun lumrah sebagai adik-beradik mereka tidak terlepas daripada bertengkar.

“Ada kala kami bergaduh juga, bertengkar adik beradik dan itu adalah lumrah, namun ia tidak berpanjangan,” kata Mahathir, ketika dihubungi Harian Metro.

Mahathir mengakui mereka tidak terlepas daripada menerima usikan rakan mengenai nama mereka, namun beranggapan ia adalah perkara normal dan tidak mengambil hati.

“Kini kami masih lagi bersama kerana memilih bidang kerjaya yang sama termasuk sering bertugas bersama di tempat lain seperti di Melaka, Johor, Terengganu malah ke luar negara seperti Brunei dan Singapura,” katanya. – myMetro Online

Tags: Mahathirnajibpasangan kembar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat Bersama, Gue Teck mengecam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa menyekat penggunaan...

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub ISU binaan haram semakin panas. Bukan sekadar debat di media sosial, tetapi sudah sampai tahap dua individu diserang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd