• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liverpool Juara Piala Super UEFA 2019

oleh
15/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIVERPOOL muncul juara Piala Super Eropah 5-4 menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti, selepas perlawanan tamat 2-2 di Istanbul.

Penjaga gol baru Liverpool, Adrian muncul wira apabila menyelamatkan sepakan terakhir Chelsea yang diambil Tammy Abraham.

Chelsea sebelum itu mendahului permainan menerusi Olivier Giroud dalam babak pertama, selepas menerima lorongan bola cantik daripada pemain baru skuad itu, Christian Pulisic.

Pulisic kemudian berjaya mendapatkan gol kedua untuk the Blues, namun pengadil mendapati dia berada pada kedudukan ofsaid sebelum hantaran dibuat kepadanya.

Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp membuat pertukaran dalam babak kedua dengan memasukkan Roberto Firmino yang mengganti Alex Oxlade-Chamberlain.

Percaturan itu ternyata membuahkan hasil apabila Firmino mencipta peluang kepada Sadio Mane untuk menjaringkan gol penyamaan buat Liverpool.

Kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat masa permainan sebenar memaksa ia dilanjutkan ke masa tambahan.

Liverpool tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pendahuluan apabila hantaran silang Firmino sekali lagi disudahkan Mane.

Adrian yang terpaksa digunakan akibat kecederaan penjaga gol utama Liverpool, Alisson, tangkas menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Chelsea, namun menghadiahkan penalti kepada skuad the Blues selepas menjatuhkan Abraham.

Jorginho tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Adrian untuk kedudukan 2-2.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi penalti di mana Adrian menyelamatkan sepakan Abraham yang disasarkan ke bahagian tengah gawang.

Perlawanan ini melakar sejarah sebagai yang pertama menggunakan pengadil wanita, Stephanie Frappart dari Perancis bersama dua penjaga garisan Michelle O’Neill dari Ireland dan Manuela Nicolosi juga dari Perancis.

Kekalahan menambah duka skuad bimbingan pengurus baru Chelsea, Frank Lampard yang mengalami kekalahan teruk 4-0 kepada Manchester United dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Manakala ini merupakan trofi kedua Klopp yang menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lepas bersama the Reds.

Piala Super UEFA adalah pertemuan antara juara UCL dan Liga Europa musim lepas. – Astro Awani

Tags: ChelseaLiverpoolPiala Super UEFA 2019
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DAP Nekad ‘Langgar’ Mahathir Dalam Mesyuarat Kabinet

Next Post

Lori Simen Tak Perasan Seret Kereta

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

Next Post

Lori Simen Tak Perasan Seret Kereta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd