• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Bikin Chelsea Cemas, ‘The Blues’ Nyaris Tewas Di Stadium Sultan Ibrahim

oleh Mynewshub
09/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Bikin Chelsea Cemas, ‘The Blues’ Nyaris Tewas Di Stadium Sultan Ibrahim
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuktikan prestijnya apabila tampil berani dan tidak gentar berdepan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Harimau Selatan berjaya menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 3-3 selepas mempamerkan aksi penuh keyakinan, disiplin dan keberanian untuk memberikan saingan sengit kepada pasukan dari England itu.

JDT terlebih dahulu menceriakan ribuan penyokong tuan rumah apabila Aiman Arif membuka tirai jaringan pada minit ke-14 selepas memanfaatkan umpanan Jonathan Silva sebelum melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan penjaga gol Chelsea untuk meletakkan JDT di depan 1-0.

Chelsea cuba bangkit dan meningkatkan tekanan bagi mencari gol penyamaan, namun JDT pula yang hampir menggandakan kelebihan pada minit ke-32 menerusi Oscar Arribas, namun rembatan pemain itu tersasar di sebelah kiri gawang Chelsea.

Usaha Chelsea untuk menyamakan kedudukan diperoleh melalui sepakan penalti pada minit ke-41 selepas Kevin Medina menjatuhkan Liam Delap dalam kawasan penalti sekali gus mengikat kedudukan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, JDT terus menunjukkan keberanian untuk melayan permainan terbuka Chelsea dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Chelsea kembali di depan pada minit ke-59 selepas diberikan sepakan penalti susulan bola terkena pemain pertahanan JDT dalam kawasan penalti menjadikan kedudukan 2-1.

Namun JDT terus bangkit dan hanya lima minit kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Oscar pada minit ke-64 sebelum Bergson Da Silva meledakkan gol ketiga pada minit ke-85 untuk kembali meletakkan tuan rumah di depan 3-2.

Stadium Sultan Ibrahim bergema dengan sorakan penyokong JDT yang menyaksikan pasukan kesayangan mereka berada hanya beberapa minit daripada mencipta kemenangan sensasi ke atas gergasi EPL itu.

Bagaimanapun, Chelsea enggan mengalah dengan melancarkan serangan balas dan nasib tidak menyebelahi JDT apabila Antonio Glauder tertanduk bola ke gawang sendiri, sekali gus memberikan Chelsea gol penyamaan.

Jaringan tersebut memastikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 3-3.

Walaupun sekadar aksi persahabatan, persembahan JDT jelas memberi isyarat Harimau Selatan mampu berdiri sama tinggi dan memberi tentangan hebat kepada pasukan bertaraf dunia seperti Chelsea. – MYNEWSHUB

 

Tags: 3-3ChelseaJDTJohor Darul Ta’zimPerlawanan PersabahatanSeristadium sultan ibrahim
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd