• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 42,000 Hektar Hutan Terbakar Di Indonesia

oleh
02/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan terbakar sejak Januari lepas di Indonesia.

Ketika ini, beratus-ratus hektar dilaporkan masih terbakar melibatkan enam provinsi atau wilayah dan beberapa kabupaten (daerah) di seluruh Indonesia.

Menurut laporan agensi berita Antara, pihak berkuasa Indonesia kini bertungkus lumus memadamkan kebakaran di provinsi Riau, Kalimantan Barat, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan serta daerah Kota Dumai, Sambas, dan Ogan Komering Ilir.

Lebih 6,000 petugas pemadam kebakaran yang turut dibantu polis dan tentera kini ditugaskan memadam kebakaran itu, selain pihak berkuasa turut menggunakan helikopter pengebom air.

Kebakaran hutan dan ladang di Indonesia untuk tujuan pertanian, selain akibat pembakaran terbuka, bukanlah perkara baharu dan hampir setiap tahun berlaku sehingga menyebabkan pelbagai masalah termasuk jerebu yang turut menjejaskan negara lain seperti Malaysia dan Singapura.

Berdasarkan data yang disiarkan Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK), sejak Januari hingga Mei 2019, kawasan hutan dan ladang yang terbakar adalah seluas 42,740 hektar.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) meramalkan musim kemarau sejak Jun lepas di Indonesia dijangka akan berterusan sehingga Oktober ini, dibimbangi akan memburukkan lagi keadaan.

Tags: hutan terbakarIndonesiaJerebuladang terbakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) memaklumkan ibu negara mencatatkan kemerosotan kualiti udara dan...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd