• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Biarkan Kebencian Kuasai Kita” – Chong Wei

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jangan sebar kebencian dan berpecah belah kerana perkara remeh, itu bukan Malaysia.

Itu pesanan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan ke-62.

Chong Wei mengakui, hatinya terlalu sakit apabila melihat warga maya ‘berperang’ kerana isu-isu yang tidak sepatutnya sehingga dia tidak sanggup untuk membuka media sosial.

“Sejak akhir-akhir ini saya jarang membuka media sosial seperti kebiasaan sebab hati saya sakit melihat kandungannya.

“Rakan-rakan dan peminat ‘menyerang’ satu sama lain, semuanya hanya kerana isu kecil. Ini bukan Malaysia yang saya perjuangkan,” kata Chong Wei dalam media sosial.

Menurutnya, isu remeh seperti polemik Dong Zong dan tulisan khat tidak sepatutnya memecah belahkan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia perlu bersatu dan menolak pihak yang sengaja menyebar kebencian antara kaum.

“Jangan biarkan segelintir pihak yang menyebarkan kebencian kaum mengalahkan kita. 

“Jangan biarkan mereka yang tidak sensitif mempengaruhi kewarasan kami. Jangan biarkan anasir jahat (daripada orang Cina, India dan Melayu) mengalahkan negara kita, rakyat kita.

“Saya mahu anak-anak dan cucu saya mempunyai rakan Melayu dan India. Saya mahu mereka berasa selamat di Malaysia. Saya mahu mereka berjuang untuk bendera negara, seperti mana saya lakukan sejak sedekad lalu,” katanya lagi.

Beliau turut mengimbau kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas pada 1992, kejayaan itu diraih bersama oleh pemain dengan pelbagai latar belakang bangsa.

“Ketika Malaysia memenangi Piala Thomas 1992, (Datuk) Punch Gunalan adalah pengurus pasukan, (Datuk) Razif (Sidek) ketua pasukan, Rashid (Sidek) paling berbakat, (Foo) Kok Keong seorang pejuang dan (Soo) Beng Kiang melakukan smash yang memberikan mata kemenangan.

“Ini keindahan Malaysia, pelbagai bangsa. Jangan bunuh ia.

“Selamat ulang tahun tidak lama lagi. Tanah tumpah darahku. Kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya.

Tags: Hari KebangsaankemerdekaanLee Chong WeiMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd