• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petisyen Keadilan Buat Kematian Syed Muhammad Daniel

oleh
13/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Petisyen dalam talian ‘Keadilan buat kematian Syed Muhammad Daniel Syed Syakir’ telah mengumpulkan 20,000 tandatangan setakat jam 12.24 tengah hari ini dan jumlahnya terus meningkat dari semasa ke semasa.

Petisyen itu dilancarkan oleh warganet, Muhammad Al Hakim Sayed Nasir menerusi tandatangan dalam talian di Change.Org semalam.

Kes membabitkan Syed Muhammad Daniel, 29, menjadi perhatian selepas meninggal dunia dalam satu pergelutan ekoran perselisihan faham dalam insiden kemalangan jalan raya di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran susur Bandar Baru Bangi, Sabtu lalu.

Syed Muhammad Daniel disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Nilai, Negeri Sembilan. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Qistina Ayu, 28, dan anak perempuan, Syarifah Dian, empat bulan.

Susulan insiden itu, pelbagai spekulasi negatif ditimbulkan netizen dan sekurang-kurangnya empat video yang dirakam pengguna jalan raya berkenaan insiden itu tersebar di media sosial.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah merakam keterangan beberapa saksi yang mana ada antara mereka tampil secara sukarela dan ada juga diminta tampil membantu siasatan.

Sehari selepas insiden itu, sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman bagi membantu siasatan.

Seorang netizen yang telah menandatangani petisyen berkenaan, Hirman Sharifuddin berkata, insiden ini wajar dijadikan pengajaran untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Agar insiden ini menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia bahawa tidak mengulanginya pada masa hadapan,” katanya.

Sementara menurut Zulia Hafida, pembelaan yang adil perlu diberikan ke atas apa yang menimpa Syed Mohamad Daniel.

“Moga mahkamah memberikan hukuman yang adil dan setimpal. Jangan la pula ada campur aduk politik. Tiba-tiba isu terus jadi senyap, sedangkan isteri dan anak arwah perlukan pembelaan.

“Moga mahkamah menjalankan tanggungjawab dengan adil dan saksama,” katanya.

Sementara Muhamat Puhat Bin Bedol berkata, insiden yang berlaku itu adalah isu kemanusiaan.

“Ini adalah isu kemanusiaan. Keadilan harus ditegakkan supaya semua rakyat Malaysia tahu dan hormat kepada undang undang negara,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kematiankes pukulpetisyensyed muhammad daniel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kompaun Pemandu Teksi, Bas, E-hailing Tak Daftar PERKESO

Next Post

UiTM Caj Kolej Kediaman Kerana Peruntukan Dipotong Kerajaan

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

Next Post

UiTM Caj Kolej Kediaman Kerana Peruntukan Dipotong Kerajaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd