• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Mungkin Dibenar Potong Giliran Haji

oleh
31/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warga emas mungkin dibolehkan memotong giliran untuk menunaikan haji lebih awal daripada jadual asal pada masa hadapan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh menjelaskan buat masa ini perkara itu belum diletakkan sebagai dasar Lembaga Tabung Haji (TH).

“Setakat ini (perkara yang) sedang dikaji adalah bagaimana nak kurangkan tempoh menunggu, antara perkara dilaksanakan ialah menghentikan pendaftaran haji kali kedua, itu juga boleh memendekkan tempoh menunggu.

“Tetapi untuk warga emas, potong giliran itu belum diletakkan sebagai dasar dalam Tabung Haji, namun boleh dikaji sebagai dasar-dasar pada masa hadapan,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada celahan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran yang ingin tahu sama ada perkara berkenaan merupakan satu dasar dipraktikkan TH.

Vigneswaran mencelah susulan soalan tambahan Senator Datin Rahimah Mahamad yang mahu tahu gerak kerja kerajaan dalam mengutamakan warga emas untuk mengerjakan haji.

Fuziah menarik perhatian senator itu bahawa tempoh menunggu giliran haji sentiasa meningkat setiap masa, dengan tempoh menunggu terkini adalah 120 tahun bagi mereka yang berdaftar dengan TH pada bulan ini.

Justeru, katanya, fokus kerajaan pada masa ini adalah mencari jalan untuk memendekkan tempoh menunggu giliran haji termasuk dengan memohon kuota tambahan setiap tahun.

Tags: HajiTabung Hajiwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedudukan Azmin Sebagai Timbalan Presiden PKR Gugur?

Next Post

Shafee Abdullah Berjaya Ketepi Prosiding Hina Mahkamah

Related Posts

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

22/05/2025
0

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, di...

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Next Post

Shafee Abdullah Berjaya Ketepi Prosiding Hina Mahkamah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd