• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Azmin Sebagai Timbalan Presiden PKR Gugur?

oleh
31/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berdasarkan fasal 21.16 Pelembagaan PKR mana-mana ahli pimpinan pusat mungkir menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai meletakkan jawatan di dalam Majlis Pimpinan Pusat dan dan Majlis Pimpinan Pusat berhak menguatkuasakan fasal ini.

Jika berdasarkan fasal ini adakah ini bermaksud kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR sudah gugur?

Ini berdasarkan pendedahan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa Mohamed Azmin tidak pernah hadir mesyuarat MPP dan Biro Politik sejak pemilihan parti itu pada November 2018.

Ekoran itu, hari ini sekumpulan anggota PKR telah membuat aduan di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini bagi mendapatkan penjelasan mengenai status Mohamed Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun hasrat kumpulan itu tidak kesampaian kerana perkara tersebut di bawah kendalian ibu pejabat ROS di Putrajaya.

Untuk itu kumpulan tersebut yang diketuai oleh bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P Jenapala akan mengemukan aduan tersebut di Putrajaya esok.

Menurut Jenapala, mereka mahu mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan Mohamed Azmin selepas beliau disahkan tidak hadir mesyuarat MPP.

“Tujuan kami ke sini hari ini bukan untuk memecahbelahkan parti. Kami sebagai ahli PKR keliru dengan kenyataan-kenyataan pemimpin PKR.

“Setiausaha agung (Saifuddin Nasution Ismail) kata Azmin tidak hadir sejak 2018 dan tidak memberi alasan. Perlembagaan parti menyatakan bahawa tidak hadir tiga kali berturut-turut tanpa alasan disifatkan sebagai letak jawatan.

“Tapi, timbalan setiausaha (Dr. Edmund Santhara) pula kata fasal 21.16 tidak pernah digunakan. Dan Azmin sudah memberitahu alasannya kepada presiden parti (Anwar Ibrahim).

“Jadi, kami nak ROS menjelaskan status terkini Azmin sebagai timbalan presiden.

“Adakah dia masih timbalan presiden atau tidak? Itu sahaja, kerana ROS merupakan agensi kerajaan yang (boleh) menjelaskan kekeliruan ini,” katanya seperti yang dipertik daripada lapiran Malaysiakini.

Pada masa sama, Jenapala turut meminta Mohamed Azmin berundur bagi memberi lalun kepada Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden.

Katanya, ini disebabkan Mohamed Azmin terlalu sibuk hingga tiada masa untuk hadir pada mesyuarat parti selin Zuraida lebih konsisten dalam soal parti. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mohamed Azmin AliPKRtimbalan presiden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Johor akan terus menjadi benteng...

Lokman Adam Adakan Perbincangan Dengan Anggota PKR?

Lokman Adam Adakan Perbincangan Dengan Anggota PKR?

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengadakan pertemuan dengan beberapa anggota Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd