• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafee Abdullah Berjaya Ketepi Prosiding Hina Mahkamah

oleh
01/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara, Tommy Thomas untuk memulakan prosiding komital terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataannya kepada media berkaitan kes bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini susulan keputusan Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril membenarkan permohonan Muhammad Shafee untuk mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara

Mohd Firuz dalam penghakimannya berkata saman pemula yang difailkan oleh Peguam Negara kurang butiran berhubung tuduhan menghina mahkamah terhadap Muhammad Shafee.

“Orang yang dituduh menghina mahkamah harus tahu dengan tepat apakah pertuduhan yang dihadapinya. Peguam Negara mesti menyatakan secara adil dan sejelas-jelasnya kata-kata yang didakwa dituturkan oleh Muhammad Shafee,” kata beliau.

Hakim juga mendapati bahawa kata-kata yang didakwa diucapkan itu tidak secara sengaja dituturkan oleh Muhammad Shafee tetapi hanya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh seorang wartawan.

Mahkamah juga memerintahkan Peguam Negara membayar kos RM30,000 kepada Muhammad Shafee yang dinamakan sebagai defendan dalam saman pemula itu.

Pada 1 Mac, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Thomas untuk memulakan prosiding terhadap Muhammad Shafee kerana menghina mahkamah.

Dalam permohonan yang difailkan pada Februari tahun ini, Thomas berkata Muhammad Shafee adalah seorang peguambela dan peguamcara mewakili Najib yang didakwa atas beberapa kesalahan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, pada 7 Feb 2019, selepas selesai prosiding mahkamah membabitkan Najib di Mahkamah Tinggi, defendan telah ditemubual oleh beberapa wartawan di luar kamar mahkamah dan temubual itu dirakam oleh seorang juruvideo dari Kinitv.com dan disiarkan menerusi KiniTV yang boleh dilayari melalui https://m.kinitv.com/video/70311O8.

Thomas mendakwa bahawa defendan tahu atau sepatutnya mengetahui bahawa kenyataan yang menyinggung perasaan itu adalah bersifat menghina terhadap hakim dan akan menjejaskan pelaksanaan keadilan dan menghakis kepercayaan orang ramai terhadap sistem kehakiman di Malaysia.

Beliau seterusnya berkata, dengan mempertimbangkan kata-kata itu secara keseluruhannya, ia secara munasabah memberi tanggapan kepada orang awam bahawa jika tertuduh disabitkan dengan kesalahan itu, hakim perbicaraan adalah tidak betul, hakim dipengaruhi, saksi-saksi diajar dan bukti direka-reka.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan memberitahu pemberita beliau akan mendapatkan arahan dari Peguam Negara sama ada untuk merayu terhadap keputusan itu.

Tags: 1MDBShafee AbdullahTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd