• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Seks: Azmin Suruh Anwar Tengok Cermin

oleh
17/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergolakan dalaman PKR semakin parah meskipun rata-rata pimpinan mengatakan hubungan mereka baik-baik sahaja.

Hari ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulangkan paku buah keras kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung syornya untuk beliau melepaskan jawatan sekiranya video seks itu sah dirinya.

Mohamed Azmin dengan tegas berkata, Anwar sepatutnya melihat cermin sewaktu menyatakan cadangan tersebut.

“Baca gerak bibir saya, beritahu dia (Anwar) dia perlu melihat lelaki di dalam cermin.

“Muhasabah. Suruh Anwar muhasabah. Tolong refleks muka sendiri dalam cermin,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan Presiden PKR untuk beliau meletakkan jawatan sekiranya video seks yang didakwa miripnya dibuktikan benar.

Anwar hari ini ketika ditemui media berkata, Mohamed Azmin perlu meletakkan jawatan sekiranya video seks yang didakwa miripnya dibuktikan benar.

“Pandangan awal saya, dia (Mohamed Azmin) tak perlu letak jawatan. Tapi (sekarang) bergantung kepada penyiasatan.

“Kalau konklusif, dalam erti kata (dia merupakan) pelaku dalam adegan itu, sudah tentu dia kena letak jawatan,” kata Anwar. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMohamed Azmin AliPKRSeks Luar Tabiivideo seks
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd