• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja-Raja Melayu Pandang Serius Gejala Fitnah Dalam Negara

oleh
03/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu hari ini bertitah menasihati seluruh rakyat Malaysia menghentikan segera penyebaran berita fitnah dan tidak ditentukan kesahihannya kerana dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Raja-Raja Melayu memandang serius gejala fitnah-memfitnah yang berlaku dengan berleluasa dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini, demikian menurut kenyataan Majlis Raja-Raja yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

“Gejala fitnah-memfitnah serta pengkhianatan dan perasaan benci yang dipamerkan secara terbuka seolah-olah telah menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat kita ketika ini.

“Adalah amat dibimbangi bahawa gejala fitnah yang membawa perbalahan ini akan menjadi bertambah buruk sekiranya tidak dibendung dan dikawal sehingga boleh membangkitkan keresahan di kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut menyatakan bahawa perjumpaan Raja-Raja Melayu dalam mesyuarat pre-council Majlis Raja-Raja hari ini antara lain membincangkan secara mendalam isu berkaitan memelihara perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat pelbagai kaum dalam negara.

Raja-Raja Melayu yang berperanan memelihara kesejahteraan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan keturunan di negara ini berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan.

“Oleh itu, Raja-Raja Melayu berpendirian tegas untuk menasihatkan seluruh rakyat di negara ini agar menghentikan segera segala budaya fitnah-memfitnah yang keji ini agar ianya tidak terus menghantui kehidupan masyarakat negara ini.

“Raja-Raja Melayu menyeru kepada semua rakyat negara ini agar mengamalkan budaya sihat yang berpaksikan kepada kehidupan yang harmoni, sikap toleransi dan berprasangka baik antara satu sama lain bagi mencapai aspirasi perpaduan hidup bersama demi kemakmuran negara,” menurut kenyataan itu.

Oleh itu, Raja-Raja Melayu menyeru agar rakyat negara ini dapat bersama-sama membangunkan sebuah masyarakat yang gagah, harmoni, bermaruah, berwibawa dan menghormati nilai-nilai perpaduan yang utuh dan kemanusiaan sejagat, demikian menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Majlis Raja-Raja menggesa semua pihak, khasnya pihak penguatkuasaan dan pihak yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat, agar mengambil langkah yang lebih produktif dalam menangani gejala hasutan dan fitnah di media-media sosial dan media maya yang sering dilakukan secara terbuka.

Majlis Raja-Raja berpendapat penyiasatan dan semakan menyeluruh dan tegas perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjwab dalam menyebarkan berita atau cerita yang belum terbukti benar.

Mereka yang didapati melakukan jenayah penyebaran fitnah dan tohmahan ini perlu segera diambil tindakan undang-undang sebagai satu bentuk amaran dan pengajaran kepada mereka demi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negara ini, menurut kenyataan itu.

Tags: berita fitnahgejala fitnahRaja-Raja Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Amat Dukacita, Hadi Hina Raja-Raja Melayu

Sultan Selangor Amat Dukacita, Hadi Hina Raja-Raja Melayu

29/02/2024
0

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa amat dukacita baginda dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang...

Raja-Raja Melayu Arah Hentikan Hasutan Perkauman, Agama

Raja-Raja Melayu Arah Hentikan Hasutan Perkauman, Agama

30/11/2022
0

Majlis Raja-Raja Melayu menggesa kerajaan baru untuk menyemai "semangat kebersamaan" dalam kalangan rakyat Malaysia. Ikuti Mynewshub: Telegram Yang di-Pertuan Besar Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd