Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Jadi Hos...

RIYADH - Arab Saudi telah menjadi tuan rumah buat pertama kali dalam pertandingan...

Produksi ‘The Band’ –...

INGATKAH lagi anda dengan luahan rasa tidak puas hati pengacara Awal Ashaari berkenaan...

Tengkuk Lebam Ditampar Guru

KUALA LUMPUR - Seorang murid tahun dua cedera di tengkuk kanan dipercayai akibat...

Tiada Rancangan Buat Masa...

SINGAPURA - Singapura tidak mempunyai sebarang rancangan, buat masa ini, untuk membina jambatan...

Sultan Selangor Amat Dukacita, Hadi Hina Raja-Raja Melayu

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa amat dukacita baginda dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang memberi “peringatan” kepada para alim ulama, peguam, hakim-hakim, wakil rakyat dan termasuk Raja-Raja Melayu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu hantaran di Facebook Selangor Royal Office, pejabat baginda memaklumkan susulan itu, sepucuk surat kepada Hadi telah diutuskan melalui Pesuruhjaya PAS Selangor, Ab Halim Tamuri.

Antara intipati surat berkenaan yang dimuat naik di Facebook, Baginda menyifatkan pemimpin PAS itu tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan Baginda semasa mesyuarat MKI pada 15 Februari lalu.

“Kenyataan sinis Hadi itu secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan Baginda dengan sikap Raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian.

“Ia juga tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-raja Melayu.

“Kenyataan Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya di kalangan orang Melayu di negara ini,” titah baginda.

Hadi dalam hantarannya yang bertajuk “Ketinggian Islam wajib dipertahankan” mengingatkan bahawa Islam adalah keutamaan dan memberi peringatan kepada semua supaya mereka menjaga akidah masing-masing.


“Saya sekadar memberikan peringatan kepada penganut Islam supaya menjaga dan mempertahankan akidah masing-masing, bukanlah menghina, khususnya pengamal undang-undang dan semua yang terlibat dengannya daripada kalangan para hakim dan peguam, termasuk ahli Parlimen dan Adun, bahkan Raja-raja supaya berwawasan akhirat dengan bijaksana memandang ke akhirat sana, bukan memandang kepentingan dunia di sini sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin, yang juga pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), menggesa semua pihak agar bertenang serta menghormati keputusan mahkamah dan Perlembagaan Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan enakmen jenayah syariah Kelantan.

Dalam surat kepada Hadi itu, baginda mempersoalkan mengapa sekarang presiden PAS itu mempertikaikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara.

Ini sedangkan agama Islam telah ditetapkan sebagai agama Persekutuan semenjak Perlembagaan digubal pada tahun 1957 lagi, titahnya.

“Baginda menasihatkan Hadi supaya beliau lebih berhati-hati di masa hadapan agar tidak mengulangi perbuatan menghina Raja-Raja Melayu melalui kenyataan-kenyataan beliau yang boleh memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

“Baginda juga menitahkan agar ahli-ahli politik dan pemimpin politik tidak memperalatkan agama Islam dan mencemari kesucian agama Islam demi kepentingan politik kepartian masing-masing,” petik hantaran itu.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori