• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR: “Banyak Perkara Lain Saya Nak Fikir” – Mahathir

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – “Saya tak perlu fikir. Banyak perkara lain saya nak fikir.”

Itu reaksi Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas kemelut yang berlaku dalam parti komponen PH, Parti Keadilan Rakyat (PKR) .

Ditanya sama ada masalah dalaman PKR itu akan menjadi liabiliti kepada PH, Dr. Mahathir berkata, terserah kepada pihak media untuk membuat penilaian.

Menjawab soalan sama ada kemelut dalaman PKR itu akan menyebabkan kelewatan peralihan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir berkata: “Perkara itu lambat lagi, bila tiba waktunya kita lihat macam mana.”

Kemelut dalaman PKR membabitkan Anwar dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat semakin memuncak selepas kedua-duanya berbalas kenyataan membabitkan isu video seks sejenis yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan.

Anwar dan beberapa pemimpin PKR dilaporkan turut mendesak Mohamed Azmin bercuti bagi membolehkan siasatan dijalankan. Beliau turut meminta Timbalannya itu meletakkan jawatan sekiranya video itu tulen.

Mohamed Azmin yang dikaitkan dengan video terbabit menafikan penglibatannya dan menyifatkan penyebaran video berkenaan berniat jahat untuk membunuh karier politik beliau.

Mohamed Azmin turut meminta Anwar melihat cermin.

Kemelut PKR semakin panas apabila terbaharu, seramai 28 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Parlimen PKR dilaporkan mendesak Anwar berhenti mengeluarkan kenyataan yang memecahbelahkan perpaduan parti dalam isu video lucah berkenaan.

Mereka juga tidak setuju dengan kenyataan Anwar semalam yang menyatakan Mohamed Azmin perlu melepaskan jawatan kerajaan sekiranya video berkenaan tulen.

Dalam satu kenyataan bersama pagi ini, mereka juga menegaskan kenyataan Anwar itu tidak berasas kerana hanya berdasarkan spekulasi.

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadMohamed Azmin AliPKR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd