• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertama Kali Kes Rogol Boleh Selesai Siasat Tanpa Tahan Suspek

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa hairan apabila seseorang yang berdepan dengan dakwaan kes rogol tidak ditahan atau reman walaupun satu malam.

Sebaliknya, siasatan kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

Jelasnya, siasatan kes itu tidak seperti yang dilakukan terhadap Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang menyebut ‘kau bodoh’ dan di tahan selama tiga malam.

“Siasatan pertuduhan rogol pembantu rumah Indonesia yang dibuat ke atas Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong kini di tangan peguam negara.

“Semua dengan peguam negara, keputusan, arahan akan datang dari peguam negara,” kata Ketua Polis Negara.

“Ini juga kali pertama saya tengok kes rogol boleh selesai disiasat tanpa suspek ditahan atau direman walau untuk satu malam pun. (kalau pegang bahu sebut “Ko bodoh” pula kena duduk 3 malam di dalam),” tulis Najib.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan siasatan berhubung pertuduhan rogol yang dibuat ke atas Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong kini dalam ‘tangan’ Peguam Negara.

Tulis Najib lagi, Abdul Hamid juga tidak mengulas dengan lebih lanjut seperti mana kes video intim yang melibatkan seorang menteri kanan baru-baru ini.

“Maksudnya polis sudah passing bola ini kepada peguam negara,” soalnya.

Tambah Najib lagi, ketika ini semua rakyat Malaysia mahupun Indonesia sedang ternanti-nanti keputusan peguam negara, adakah beliau akan mendakwa pemimpin DAP itu atau bertindak menggugurkannya kelak.

Pada 9 Julai lepas, seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dicabul oleh majikannya yang juga merupakan exco kerajaan negeri.

Mangsa yang berusia sekitar 20-an membuat laporan polis Isnin lalu selepas dicabul majikannya berusia sekitar 40-an sehari sebelum itu di sebuah kediaman di Meru, Jelapang, Perak.

Difahamkan, Exco terbabit kemudian telah hadir bersama peguamnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 9 malam itu untuk beri keterangan lebih sejam sebelum dibebaskan. – MalaysiaGazette

Tags: DAPExco Perakkes rogolNajib Tun Razakpaul yong choo kiong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd