Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

PNB Umum Dividen ASB...

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana...

Sudahlah Tak Hadir Bicara,...

KEPALA BATAS - Dua remaja lelaki dari Tanah Merah, Kelantan yang sepatutnya menghadiri...

Chef Wan Tersentuh Dengan...

SELAIN Datuk Siti Nurhaliza, cef No.1 negara, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan...

Budak 12 Tahun Lebih...

ALBERT Einstein dan Stephen Hawking dikenali di seluruh dunia sebagai manusia genius namun...

Mayat Pasangan Warga Asing Ditemui Dalam Rumah Sewa

KUALA LANGAT – Mayat seorang lelaki bersama seorang wanita ditemui di dalam sebuah rumah sewa di Jalan Kampung Tali Air, Banting, di sini, semalam.

Mayat kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an ditemui kira-kira pukul 5.20 petang oleh pemililk rumah terbabit sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Difahamkan, pasangan itu dipercayai warga asing iaitu lelaki berasal dari India atau Bangladesh manakala wanita terbabit dari Indonesia.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mayat lelaki itu ditemui tergantung di hadapan pintu bilik sementara wanita itu terbaring di atas tilam dengan berlumuran darah.

Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, mayat wanita terbabit mempunyai kesan luka akibat hentakan di bahagian dahi dan pipi dipercayai dipukul dengan batang besi.

“Pemeriksaan lanjut telah menemui sebatang besi sepanjang satu meter yang terdapat kesan darah berhampiran mayat, selain itu terdapat kesan jerutan di leher mangsa wanita itu.

“Kedua-dua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pemeriksaan lanjut tidak menemui tiada kesan suntikan bacille calmette-guerin (BCG) pada lengan mangsa. Kita percaya kedua-duanya warga asing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 


Mengulas lanjut, Azizan berkata, pemeriksaan di sekitar rumah dapati tiada kesan pecah dan pintu depan rumah dikunci dari dalam.

Menurutnya, mangsa lelaki menyewa rumah itu sejak sebulan lalu dan status hubungan kedua-dua mereka masih dalam siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian tersebut selain mengesan saksi kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE

Kategori