• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Punca Parti Melayu Banyak – Najib

oleh
07/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dr. Mahathir Mohamad merupakan punca menyebabkan banyak parti Melayu muncul, selain bersekongkol dengan parti lain sehingga membawa kepada perpecahan masyarakat itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian ketika mengulas pelawaan Mahathir supaya parti Melayu menyertai BERSATU bagi menyatukan orang Melayu.

“Dia (Mahathir) yang tubuh parti tambahan dan dia bersekongkol dengan pihak lain,” kata Najib, dipercayai merujuk kepada jatuhnya kerajaan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini didominasi oleh orang Melayu dalam pilihan raya umum lepas.

Najib berkata demikian ketika ditanya sama ada Mahathir merupakan punca sebenar tertubuhnya lebih banyak parti Melayu dengan menubuhkan BERSATU memandangkan UMNO telah lama wujud.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau akan membuat kenyataan rasmi berhubung pelawaan Mahathir itu selepas rakan komponen Pakatan Harapan (PH) pimpinan beliau memberi respons kepada kenyataan itu.

“UMNO adalah parti terbesar, terkuat. Macam manapun, kita fikir elok tunggu dulu komen daripada rakan-rakan dia dalam PH; PKR, Amanah dan DAP. Kita akan komen secara rasmi lepas mereka komen dulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa di sini, hari ini.

Semalam, Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU mempelawa semua parti politik, termasuk UMNO, untuk menyertai partinya dalam usaha menyatupadukan serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Beliau berkata, orang Melayu hari ini berpecah kepada enam parti dan kewujudan banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk menang pilihan raya semakin tipis.

“Enam, bukan lagi majoriti 60 peratus, tetapi setiap parti 10 peratus sahaja,” kata Mahathir.

Dalam ucapan perasmiannya itu, Najib juga berkata, Barisan Nasional (BN) dan PAS boleh membentuk kerajaan di Putrajaya jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Katanya, rakyat sudah muak dengan kerajaan PH yang gagal membawa kebaikan dalam pentadbiran.

“Kalau besok Parlimen dibubarkan, BN dengan kerjasama PAS boleh tubuh kerajaan baru. Inilah antara senjata yang ampuh.

“Inilah perpaduan Melayu-Islam sejati yang akan menentukan masa depan. Kita tidak akan menganiaya rakyat,” katanya, selain menegaskan nasib kaum lain juga tidak akan dinafikan apabila UMNO dan PAS bersatu. – BERSATU

Tags: BERSATUMahathir MohamadNajib Tun RazakPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd