• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Masih Belum Ada Keputusan Ambil Alih 4 Tol

oleh
09/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Cadangan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) membabitkan pengambilalihan kesemua kepentingan ekuiti kumpulan dalam empat syarikat tol di negara ini masih menemui jalan buntu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat sebarang  keputusan mengenai perkara itu.

“Belum buat apa-apa keputusan,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sesi dialog Perdana Menteri bersama Ketua-ketua Eksekutif Industri sempena Persidangan TVET, hari ini.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan timbalannya, Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan PH bercadang mengambil alih empat lebuh raya utama, membabitkan nilai RM6.2 bilion.

Ia sebagai langkah pertama untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya dan menzahirkan janji manifesto PH.

Empat lebuh raya itu ialah Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (LITRAK) pada nilai RM2.47 bilion, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. (SPRINT) (RM1.984 bilion), Lebuh Raya Shah Alam Sdn. Bhd. (KESAS) (RM1.377 bilion) serta Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) (RM369 juta).

Tawaran itu telah diserahkan kepada pemegang kepentingan konsesi tol pada 21 Jun 2019.

Setakat ini semua pemegang kepentingan sudah bersetuju untuk pengambilalihan tersebut.

Namun, sebarang keputusan masih tertakluk kepada kelulusan muktamad Kabinet.

Tags: caj kesesakanKonsesi Tollebuh rayaMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd