• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 40% Syarikat Dimiliki Usahawan Melayu, Bumiputera

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 40 peratus daripada hampir satu juta syarikat yang didaftarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dimiliki oleh usahawan Melayu dan Bumiputera, Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, jumlah itu menunjukkan penglibatan orang Melayu dan Bumiputera masih kurang dalam bidang keusahawanan.

Beliau berkata, keadaan itu wujud antara lain disebabkan sikap terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan untuk menjadi usahawan.

“Kejayaan usahawan sebenarnya bergantung kepada daya usaha, kemahiran dan inisiatif mereka sendiri untuk merebut peluang dan ruang meskipun terdapat banyak bentuk sokongan daripada kerajaan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu sebab orang Melayu dan Bumiputera kurang menjadi usahawan dan langkah meramaikan golongan itu pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Hatta berkata, kurang latihan dan kemahiran, kurang dorongan dan minat untuk meneroka peluang baharu selain masalah capaian kepada sumber kewangan turut menyumbang kepada kurangnya penglibatan orang Melayu dan Bumiputera dalam keusahawanan.

Pelbagai langkah dilaksanakan kerajaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan orang Melayu dan Bumiputera seperti membudayakan keusahawanan melalui program ‘outreach’, bimbingan dan latihan serta mempromosi keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Selain itu, khidmat nasihat dan akses kepada bantuan pembiayaan turut disediakan melalui agensi seperti Tekun Nasional dan SME Bank di samping menggalakkan program pembangunan dan pengukuhan koperasi.

Tags: bumiputeraMelayuSSMsyarikatusahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekuiti 30 Peratus Bumiputera ‘Day Light Robbery Policy’?

Ekuiti 30 Peratus Bumiputera ‘Day Light Robbery Policy’?

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mengulas isu syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd