• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Rogol Pembantu Rumah, DAP Perak Serah Polis

oleh
09/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – DAP Perak menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap seorang exco kerajaan negeri dari parti itu yang didakwa merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, tuduhan itu amat berat dan pihaknya memandang serius dakwaan tersebut.

“Laporan polis telah pun dibuat semalam (oleh pembantu rumah tersebut) dan bagi pihak parti, tiada sesiapa yang akan terlepas daripada undang-undang.

“Kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan kes tersebut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, parti akan mengambil tindakan ke atas ahlinya itu sekiranya dakwaan tersebut benar.

“Tindakan yang sewajarnya akan diambil (terhadap individu itu) bergantung kepada hasil siasatan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Semalam, seorang wanita warga Indonesia yang merupakan pembantu rumah kepada individu terlibat membuat laporan polis kerana mendakwa dirogol lelaki tersebut.

Exco kerajaan negeri Perak dijangka menghadiri istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan exco Perak di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada Khamis ini.

Istiadat itu merupakan majlis memperbaharui ikrar sebagai exco yang dibuat secara tahunan.

Lima daripada 10 anggota exco di Perak terdiri daripada ADUN DAP iaitu Wong Mei Ing, A. Sivanesan, Paul Yong, Howard Lee dan Dr. Abdul Aziz Bari. 

Tags: DAPExco Perakkes rogolNga Kor Mingpembantu rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Kota Melaka membidas dakwaan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong konon DAP Melaka mencipta sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd