• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Paul Yong Didakwa Merogol Tidak Perlu Letak Jawatan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ahli exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong yang menghadapi dakwaan merogol tidak perlu meletak jawatan atau digantung daripada tugasnya.

Peguamnya, Leong Cheok Keng berkata, Choo Kiong tetap menjalankan tugasnya seperti biasa kerana belum terbukti bersalah atas tuduh merogol pembantu rumahnya.

“Kita harus berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

“Saya yakin beliau tidak bersalah, jadi tiada sebab untuk beliau meletak jawatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau menjawab desakan beberapa pihak supaya Choo Kiong meletak jawatan atau digantung tugas kerana berdepan dakwaan merogol pembantu rumahnya.

Menurut Cheok Keng, semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) banyak pemimpin dari parti itu yang dituduh, didakwa tetapi tiada siapa yang meletak jawatan.

Mengulas lanjut tuduhan terhadap Choo Kiong, Cheok Keng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar percaya tuduhan tersebut tidak berasas.

Cheok Keng malah mendakwa tuduhan rogol senang dibuat namun sukar untuk dibuktikan.

“Saya mahu tekankan ialah masa alibi. Ketika kejadian mustahil dan tidak logik untuk tertuduh merogol di rumahnya ketika ada orang di dalam rumah termasuk ahli keluarganya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAPExco Perakkes rogolpaul yong choo kiong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd